Friday, July 24, 2009

KEPENTINGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

Tugas seorang guru bukan hanya masuk ke bilik darjah dan seterusnya memberi arahan kepada muridnya membuku buku teks, kemudian terus memulakan pengajaran. Pada pendapat saya, tugas seorang guru tidak sebegitu mudah. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam proses perkembangan minda pelajar serta menjadi motivator yang terbaik bagi setiap pelajar dalam pembangunan minda & sakhsiah pelajar. Justeru, tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.

Setiap guru perlu memandang bahawa amanah yang diberikan untuk menjadi seorang guru adalah antara amanah yang terbesar dalam hidup. Bukan hanya mengajar murid membuta tuli tanpa apa2 persediaan kemudian apabila cukup bulan gaji terus diambil di bank(gaji buta).

Persediaan yang mantap sebelum mengajar oleh seorang guru perlu diambil perhatian yang serius . Hal ini kerana, ia bukan sahaja membantu pelajar malah ia turut membantu guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antara kepentingan persediaan sebelum mengajar ialah:

1. Persediaan mengajar merupakan satu pelan bertindak bagi sesuatu pelajaran/kuliah. Berdasarkan persediaan mengajar, pengajar akan boleh melaksanakan rancangan mengajarnya dengan sistemtik, lancar dan berkesan, serta mengelakkan kekecohan dalam kelas.


2. Persediaan mengajar membantu pengajar mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan.

3. Di samping itu, pengajar boleh menyediakan alat bantu mengajar serta menggunakannya dalam masa yang sesuai sebagaimana yang dirancangkan dalam persediaan mengajar.

4. Ia juga dapat membantu pengajar menentukan objektif pelajaran, memilih isi pelajaran dan strategi pengajara nyang sesuai demi meningkatkan keberkesanan pelajarannya.

5. Dengan adanya rancangan yang disediakan secara rapi, persediaan mengajar boleh membantu pengajar mengawal disiplin bilik darjah dengan baik.

6. Berdasarkan isi pelajaran yang dirancangkan, pengajar boleh merancang aktiviti-aktiviti susulan yang selanjutnya.

Semoga para guru dapat merancang dan menguruskan persediaan pengajaran dengan lebih baik. Sekian.

sumber: http://www.cikgublog.com/

No comments:

Post a Comment