Sunday, November 29, 2009

~Entri Aidiladha~


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh….Pertama dan selama-lamanya saya rafa’kan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana saya masih lagi diberi kesempatan untuk merasai 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Iman & Islam..juga ucapan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sem0ga kita ber0leh syafaat drpd baginda di akhirat kelak..InsyaAllah…

Alhamdulillah, setelah sekian lama bl0g ini menyepi, akhirnya saya tergerak hati untuk meng “update”..nampaknya bl0g ini sudah dipenuhi dengan sawang dan habuk2..=)..saya terpaksa kuatkan semangat utk membersihkannya dari anasir2 luar..bukan apa..bimbang dijangkiti virus2 spt H1N1 pula…=)..merapu pula..saya kemaskini bl0g ini dengan menambah beberapa pautan bl0g2 lain yang sememangnya menarik untuk dibaca..(“,)

Rasanya tidak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin & Muslimat. Tidak kira di mana di mana kita berada, di Utara, timur, selatan mahupun barat, asalkan kita saudara seaqidah, kita pasti akan merayakan Hari Raya Aidiladha ini pada bulan Zulhijjah.

Apabila kita bercerita tentang Aidiladha dan Zulhijjah, pasti ia sin0nim dengan perkataan lain seperti Ibadah Haji, peng0rbanan, Hari Arafah dan tidak lupa juga kepada 2 orang Nabi yang terlibat secara langsung dalam pensyariatan ibadah k0rban di dalam bulan Zulhijjah ini iaitu Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.

Hari ini sudah masuk hari yang ke-13 dalam bulan Zuhijjah. Sebagaimana yang kita ketahui, 11, 12 & 13 Zulhijjah adalah Hari Tasyrik dimana ketiga-tiga hari ini merupakan diantara hari yang diharamkan untuk berpuasa mengikut mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki. Tetapi menurut Mazhab Hanafi, berpuasa pada ketiga2 hari ini hukumnya makruh yg membawa kepada haram. Walaubagaimanapun, pengharaman berpuasa pada hari Tasyrik ini menurut Imam Syafie hanya untuk puasa sunat sahaja namun jika sesiapa mahu berpuasa wajib seperti puasa qada’, nazar dan kafarah maka hukumnya adalah harus.

Sebagai umat Islam, menjadi satu kewajipan kepada kita untuk memuliakan Bulan Zulhijjah ini. Allah s.w.t amat memberi kemuliaan kepada sesiapa yang memuliakan bulan Zulhijjah ini.
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
• 1. Berkat pada umurnya
• 2. Bertambah hartanya
• 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
• 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
• 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
• 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
• 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
• 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
• 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
• 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

MasyaAllah, begitulah kasih sayang Allah kepada kita hamba-hambanya. Setiap amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini pasti ada ganjarannya. Sem0ga kita ber0leh manfaat….amin..

~kullu 'am wa antum bi alfin Khoir~