Thursday, December 3, 2009

TAUBAT NASUHA




Pada malam Aidiladha yang lalu iaitu pada hari khamis, dalam kesibukan menyambut Hari Raya Aidiladha, saya dan keluarga sempat juga men0nt0n sebuah drama bertajuk “Taubat Nasuha”. Apa yang saya b0leh rumuskan disini, drama tersebut merupakan drama yang berjaya menitiskan air mata kami adik- beradik. Drama kekeluargaan yang penuh dengan elemen suka duka ini mengisahkan tentang se0rang bapa yang terlalu panas baran dan eg0 dalam melayan keletah 3 orang anak-anaknya. Keletah anak-anaknya yang kesemuanya lelaki sememangnya sering mengundang kemarahan si bapa. pantang ada sedikit kesilapan atau kenakalan anak-anak, memang tangan si ayah akan ringan menyentuh kulit si anak termasuklah anak yang paling b0ngsu. Mujur mereka dikurniakan se0rang ibu yang berperwatakan lembut dan sentiasa memahami walaupun sering kali dimarahi 0leh si suami…. Walaubagaimanapun, kadangkala hati si ayah menjadi lembut tatkala melihat anak-anaknya membesar dengan baik hasil didikan isterinya. Hal ini jelas kelihatan apabila dia melihat “rep0rt card” anaknya, di dalam hati kecilnya turut gembira dan bangga kerana dikurniakan anak yang pintar dan bijak dalam pelajaran. Namun, si ayah terlalu eg0. Si ayah jarang menunjukkan kasih-sayangnya. Apa yang saya lihat dalam drama tersebut, si ayah sering menghamburkan kata-kata kesat kepada si anak termasuklah si isteri.

Kebengisan si ayah makin bertambah apabila si ayah menjalinkan hubungan sulit dengan teman sekerjanya. Sedikit sebanyak tanggungjawabnya sebagai se0rang ayah dan suami terabai. Bagi si ayah, anak-anak dan isterinya hanya satu beban. Si ayah tidak b0leh menerima hakikat bahawa kenakalan, kebingitan jeritan anak-anaknya merupakan lumrah bagi kanak-kanak seusia mereka. Jadi , dengan menjalinkan hubungan terlarang itu, si ayah dapat melupakan segala kenakalan anak-anaknya dirumah. Namun, “sepandai-pandai tupai mel0mpat, akhirnya jatuh ke tanah juga” . Kecurangan si suami dapat di hidu si isteri. Dalam keadaan yang sarat mengandung si isteri diherdik suaminya tatkala si isteri cuba bertanyakan tentang kecurangan tersebut.

Pada kees0kan harinya, sebelum ke sek0lah, anak-anak mereka sarapan bersama. Sudah menjadi kebiasaan mereka akan bergaduh dan ketawa ketika makan..si ayah tidak tahan melihat anak-anaknya bergaduh terus memukul anak-anaknya. Dan ada satu dial0g si ayah yang saya masih ingat .. “kalau macam ni, lebih baik korang takde dari ade”. Si isteri yang mendengar terus tergamam dan menitiskan air mata sambil memujuk anak-anaknya yang sedang menangis. Lalu terus menghantar mereka ke sekolah.

Tanpa di duga oleh si ayah, pagi itu adalah pagi terakhir dia bersama anak-anak dan isterinya. Klimaks dalam drama ini terjadi apabila anak-anak dan isterinya yang sarat mengandung di tikam di rumah mereka sendiri oleh 2 0rang per0mpak. Si ayah yang balik pada waktu itu tergamam melihat mayat anak-anak dan isterinya bergelimpangan di ruang tamu rumah dengan kesan darah di merata tempat. Bertitik t0lak dari itulah ayahnya menyesal dengan segala perbuatannya. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Walau beribu penyesalan sekalipun, ia tidak mampu untuk mengembalikan mereka yang telah pergi……..=(
-TAMAT-

“kita akan menghargainya apabila kita kehilangannya”

Maksud yang sungguh mendalam tersebut b0leh kita hayati dalam kehidupan kita. Dalam hidup ini, kita dikurniakan sese0rang, 2 0rang, 3 0rang atau sekel0mp0k manusia sebagai pendamping dan peneman kita. Ia termasuklah keluarga, ibu dan ayah, kakak, abang, adik, suami, isteri, sahabat, rakan sekerja dan sebagainya. Mereka ada di depan mata kita, namun adakah kita sedar kehadiran mereka dalam hidup kita? Adakah kita nikmati dan hargai kehadiran mereka? Tepuk dada, Tanya perasaan…Saya lebih suka meninggalkan pers0alan ini kepada para pembaca kerana jawapannya bukan ada pada saya se0rang sahaja, jawapannya ada dalam diri kita semua…renung-renungkan…. ….

~aDa aPa DeNGaN ZULHIJJAH~

Sebagaimana bulan2 Islam lain, di dalam Bulan Zulhijjah juga terdapat hikmah & 1001 keistimewaan yang tersirat serta tersurat di sebalik Ibadah yang disyariatkan di dalamnya.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
“Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).”
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;

Ø (1 ZULHIJJAH )Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

Ø (2 ZULHIJJAH) Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

Ø (3 ZULHIJJAH) doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya

Ø (4 ZULHIJJAH) Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.

Ø (5 ZULHIJJAH) Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

Ø (6 ZULHIJJAH) Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

Ø (7 ZULHIJJAH) pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

Ø (8 ZULHIJJAH), Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

Ø (9 ZULHIJJAH) turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan dating.

Ø (10 ZULHIJJAH) adalah Hari Raya Aidil Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

AMALAN-AMALAN DI BULAN ZULHIJJAH

Ø 1 hingga 9 Zulhijjah Sunat berpuasa

Ø 8 Zulhijjah Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat

Ø 9 Zulhijjah (Hari Wukuf di Arafah) Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
 Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
 Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
 Solat sunat qabliyah asar
 Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
 Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
 Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
 Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
 Solat sunat tasbih
 Solat sunat hajat
 Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali

Ø 10 Zulhijjah Hari Raya Haji/Korban Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir Melakukan korban

Ø 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu

Ø 29 atau 30 Zulhijjah Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.


Sem0ga kita ber0leh manfaat daripadanya….amin…=)

Sumber: http://www.angelfire.com/journal/suluk/zulhijah1.htm