Friday, July 24, 2009

KEPENTINGAN PERSEDIAAN MENGAJAR

Tugas seorang guru bukan hanya masuk ke bilik darjah dan seterusnya memberi arahan kepada muridnya membuku buku teks, kemudian terus memulakan pengajaran. Pada pendapat saya, tugas seorang guru tidak sebegitu mudah. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam proses perkembangan minda pelajar serta menjadi motivator yang terbaik bagi setiap pelajar dalam pembangunan minda & sakhsiah pelajar. Justeru, tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.

Setiap guru perlu memandang bahawa amanah yang diberikan untuk menjadi seorang guru adalah antara amanah yang terbesar dalam hidup. Bukan hanya mengajar murid membuta tuli tanpa apa2 persediaan kemudian apabila cukup bulan gaji terus diambil di bank(gaji buta).

Persediaan yang mantap sebelum mengajar oleh seorang guru perlu diambil perhatian yang serius . Hal ini kerana, ia bukan sahaja membantu pelajar malah ia turut membantu guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antara kepentingan persediaan sebelum mengajar ialah:

1. Persediaan mengajar merupakan satu pelan bertindak bagi sesuatu pelajaran/kuliah. Berdasarkan persediaan mengajar, pengajar akan boleh melaksanakan rancangan mengajarnya dengan sistemtik, lancar dan berkesan, serta mengelakkan kekecohan dalam kelas.


2. Persediaan mengajar membantu pengajar mengingati isi pelajaran yang hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan.

3. Di samping itu, pengajar boleh menyediakan alat bantu mengajar serta menggunakannya dalam masa yang sesuai sebagaimana yang dirancangkan dalam persediaan mengajar.

4. Ia juga dapat membantu pengajar menentukan objektif pelajaran, memilih isi pelajaran dan strategi pengajara nyang sesuai demi meningkatkan keberkesanan pelajarannya.

5. Dengan adanya rancangan yang disediakan secara rapi, persediaan mengajar boleh membantu pengajar mengawal disiplin bilik darjah dengan baik.

6. Berdasarkan isi pelajaran yang dirancangkan, pengajar boleh merancang aktiviti-aktiviti susulan yang selanjutnya.

Semoga para guru dapat merancang dan menguruskan persediaan pengajaran dengan lebih baik. Sekian.

sumber: http://www.cikgublog.com/

Thursday, July 23, 2009

~Transformasi diri~

Aku manusia biasa,

Penuh dengan dosa & noda,

Penuh dengan lumpur yang mengotorkan hati,

Penuh dengan segala-galanya yang keji.


Aku hanya manusia biasa,

tidak lari dari melakukan kesilapan,

Terlalu leka dengan kelazatan dunia,

Seringkali aku tertipu dengan kenikmatan di depan mata,

Yang tidak pernah menjanjikan apa-apa.


Aku sering tergoda

Semalam, detik ini , esok,lusa & seterusnya aku masih lagi melakukan dosa..

Masih lagi ghairah menghisap madu dunia

Yang sering memabukkan hatiku

Menjerumuskan aku ke lembah hina.


Sejenak aku bermonolog seketika,

Bertanya pada diri sendiri,

sampai kapan aku perlu melakukan dosa…?

Sampai kapan jiwaku dicemari noda..?

Janji tuhan pasti berlaku,


Suatu hari nanti aku pasti berlalu,

Meningalkan dunia yang sempit ini,

Meninggalkan memori NODA yang ku jelajahi,

Menuju akhirat yang kekal abadi.


Jadi,

Bermula dari detik ini,

Aku harus mengerti

Tujuan sebenar hidup ini,

Hanya mengabdikan diri pada Sang Khaliq yang Maha Menguasai,

Yang terlalu hampir dengan diri ini,


Aku perlu berusaha,

Membersihkan segala lumpur,

Segala parut nodaku,

Agar aku dapat merasa nur Kasih sang Pencipta,

Agar aku bisa meraih keampunan-Nya,

Menjamah makanan dari syurga-Nya,

Membasahkan tekak dari telaga Jannah-Nya,

Dan yang pastinya,

Menjauhkan diriku dari azab an-Nar-Nya

Friday, July 17, 2009

EPILOG SILAM ~Haikal~


Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

SEMOGA BERBAHAGIA TEMAN-TEMANKU SAYANG..



“Salam..tgh wat pe tu? Jemputlah dtg rumah pd 18.7.09 (sabtu) hari esok..majlis akad nikah mula slps zohor..”

Kali ini sy nak cerita tentang SMS juga..hmm.. SMS juga yg menjadi pembuka bicara untuk entri kali ini..:-)..Firstly..sy nak ucapkan terima kasih kepada sahabat sy Hidayah bt Mansor kerana dia masih lagi mengingati sy walaupun sudah 3 tahun kami tidak bersua muka..kami hanya bertanya khabar melalui panggilan telefon dan juga SMS..& secondly, of course saya nak ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kerana esok merupakan hari bahagia buatnya..Seperti pengantin yang lain..pasti esok merupakan hari yang menjadi kenangan terindah dalam lipatan sejarah hidupnya..(kahwin juga kawan aku yg sorang ni..:-)..)

Tapi agak sedih juga kerana saya memang tidak dapat hadir ke majlis akad nikah yang akan berlangsung di Jitra, Kedah lantaran komitmen serta tugas yang agak banyak untuk dilaksanakan dan dihabiskan..Tambahan pula semester ke-3 ni baru saja bermula…(ah..alasan aje..) hehe. Sebenarnya hati ini agak sedih juga kerana telah ramai sahabat2 sy yg meninggalkan saya. Bermula dengan Syuhada yg mula mendirikan rumahtangga 2 tahun yg lalu dan kini dikurniakan seorg cahayamata sebagai pelengkap hidup ..kemudian kak Rahmah, selepas itu diikuti pula dengan kak Zabariah yg kini sedang sarat mengandungkan anak pertama, kemudian kak Siti dan selepas itu Nadia, juniorku semasa di Madrasah dulu..Tahniah buat mereka semua..semoga kebahagiaan menjadi hak milik mereka yang kekal hingga ke akhir hayat..amin..

Kemudian bercerita pula mengenai pertunangan..sahabatku Zalekha telah pun bertunang dengan Sabri, senior kami sewaktu di madrasah dulu (mak suruh belajar..korang bercinta pulak ye..hehe..) kemudian Dijah..sahabat karibku juga telah ditunangkan dengan seorang pemuda yang berasal dari Kelantan..sebagai seorang sahabat, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka semua.. “kebahagiaan adalah hak milik setiap insan”..:-) (memandai je tukar ayat..)hehe..Namun, Walau apa sekalipun status kalian..isteri, ibu atau pun tunangan orang..harap..persahabatan yang kita jalinkan akan kekal buat selama2nya..kenangan kita bersama di Madrasah dulu sentiasa terpahat dalam ingatan..


Nasihat buat Hidayah, jadilah seorang isteri yang solehah..sentiasalah taat kepada suami kerana suami ibarat nakhoda kapal dalam melayari bahtera kehidupan dan isteri diibaratkan seperti layar..kedua2nya memainkan peranan yang penting dalam melayari bahtera lautan kehidupan..biar kuat badai menghempas bahtera..biar kencang angin memukul layar..namun jangan pernah pernah mengalah kerana itu hanyalah rintangan dan ujian di dunia ini..kuatkan kasih sayang kalian hanya kerana ALLAH..ALLAH yang mempertemukan kalian, jadi jangan kalian melupakan-Nya..


“Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahrah, jadilah suami semulia Ali Karamallahuwajhah..
Andai impikan suami sehebat Ali Karamallahuwajhah, bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahrah..”


p/s: “bukan mudah mencari kasih abadi..dalam terang ia sembunyi”

Monday, July 6, 2009

~TaMPaRaN Kiai~


Seorang pemuda yg sudah lama menuntut di luar negara kembali ke tanah air. Tibanya di rumah,dia meminta bapanya mencarikan seorang guru agama, ustaz ataupun sesiapa sahaja yg dpt menjawab tiga pertanyaanya. Akhirnya bapa pemuda tersebut mendapatkan seorang ustaz.

Pemuda: Ustaz ni siapa? Bolehkah ustaz menjawab pertanyaan2 saya?
Ustaz: Saya hamba Allah...dan dgn izinnya saya menjawab pertanyaan saudara Pemuda: Ustaz yakin? Sedangkan professor dan ramai org pintar x mampu menjawab pertanyaan saya...
Ustaz: Saya akan cuba sedaya mampu.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan iaitu: 1. Sekiranya tuhan itu ada, tunjukkan kpd saya yg tuhan itu wujud, 2. Apa yg dinamakan takdir dan, 3. Sekiranya syaitan diciptakan dari api, tentu tidak menyakitkan syaitan. Sbb mereka memiliki unsur yg sama. Apakah tuhan x pernah berfikir?

Tiba2 ustaz itu menampar pipi pemuda td dgn kuat....

Pemuda: Knp marah saya? (sambil mengusap pipinya,menahan sakit)
Ustaz: Saya x marah...tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yg
saudara ajukan kpd saya
Pemuda: Mcm mana pula?

Ustaz: Bagaimana rasa tamparan saya?

Pemuda: Tentulah sakit
Ustaz: Jadi saudara percaya sakit itu ada?

Pemuda: Sudah tentu!
Ustaz: Tunjukkan saya sakit itu
Pemuda: Tentu x blh
Ustaz: Itulah jawapan soalan pertama. Kita semua rasa kewujudan tuhan tanpa mampu melihat kewujudannya
Ustaz: Apakah mlm td saudara bermimpi ditampar oleh saya?

Pemuda: x
Ustaz: Saudara pernah terfikir menerima tamparan daripada saya hari ini?

Pemuda: x

Ustaz: Itu yg dinamakan takdir. Tgn yg saya gunakan utk menampar saudara dibuat dari apa?
Pemuda: Kulit

Ustaz: Pipi saudara dibuat dari apa?

Pemuda: Kulit
Ustaz: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit

Ustaz: Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga dibuat dari api, sekirannya tuhan menghendaki, maka neraka menjadi tempat yg menyakitkan bg syaitan.

Semoga Kisah ini menjadi iktibar kita bersama.