Friday, July 17, 2009

SEMOGA BERBAHAGIA TEMAN-TEMANKU SAYANG..



“Salam..tgh wat pe tu? Jemputlah dtg rumah pd 18.7.09 (sabtu) hari esok..majlis akad nikah mula slps zohor..”

Kali ini sy nak cerita tentang SMS juga..hmm.. SMS juga yg menjadi pembuka bicara untuk entri kali ini..:-)..Firstly..sy nak ucapkan terima kasih kepada sahabat sy Hidayah bt Mansor kerana dia masih lagi mengingati sy walaupun sudah 3 tahun kami tidak bersua muka..kami hanya bertanya khabar melalui panggilan telefon dan juga SMS..& secondly, of course saya nak ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kerana esok merupakan hari bahagia buatnya..Seperti pengantin yang lain..pasti esok merupakan hari yang menjadi kenangan terindah dalam lipatan sejarah hidupnya..(kahwin juga kawan aku yg sorang ni..:-)..)

Tapi agak sedih juga kerana saya memang tidak dapat hadir ke majlis akad nikah yang akan berlangsung di Jitra, Kedah lantaran komitmen serta tugas yang agak banyak untuk dilaksanakan dan dihabiskan..Tambahan pula semester ke-3 ni baru saja bermula…(ah..alasan aje..) hehe. Sebenarnya hati ini agak sedih juga kerana telah ramai sahabat2 sy yg meninggalkan saya. Bermula dengan Syuhada yg mula mendirikan rumahtangga 2 tahun yg lalu dan kini dikurniakan seorg cahayamata sebagai pelengkap hidup ..kemudian kak Rahmah, selepas itu diikuti pula dengan kak Zabariah yg kini sedang sarat mengandungkan anak pertama, kemudian kak Siti dan selepas itu Nadia, juniorku semasa di Madrasah dulu..Tahniah buat mereka semua..semoga kebahagiaan menjadi hak milik mereka yang kekal hingga ke akhir hayat..amin..

Kemudian bercerita pula mengenai pertunangan..sahabatku Zalekha telah pun bertunang dengan Sabri, senior kami sewaktu di madrasah dulu (mak suruh belajar..korang bercinta pulak ye..hehe..) kemudian Dijah..sahabat karibku juga telah ditunangkan dengan seorang pemuda yang berasal dari Kelantan..sebagai seorang sahabat, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka semua.. “kebahagiaan adalah hak milik setiap insan”..:-) (memandai je tukar ayat..)hehe..Namun, Walau apa sekalipun status kalian..isteri, ibu atau pun tunangan orang..harap..persahabatan yang kita jalinkan akan kekal buat selama2nya..kenangan kita bersama di Madrasah dulu sentiasa terpahat dalam ingatan..


Nasihat buat Hidayah, jadilah seorang isteri yang solehah..sentiasalah taat kepada suami kerana suami ibarat nakhoda kapal dalam melayari bahtera kehidupan dan isteri diibaratkan seperti layar..kedua2nya memainkan peranan yang penting dalam melayari bahtera lautan kehidupan..biar kuat badai menghempas bahtera..biar kencang angin memukul layar..namun jangan pernah pernah mengalah kerana itu hanyalah rintangan dan ujian di dunia ini..kuatkan kasih sayang kalian hanya kerana ALLAH..ALLAH yang mempertemukan kalian, jadi jangan kalian melupakan-Nya..


“Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahrah, jadilah suami semulia Ali Karamallahuwajhah..
Andai impikan suami sehebat Ali Karamallahuwajhah, bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahrah..”


p/s: “bukan mudah mencari kasih abadi..dalam terang ia sembunyi”

No comments:

Post a Comment