Monday, May 25, 2009

-> Sahabat Sejati....



  • ku biar kalam berbicara
    menghurai maksudnya di jiwa
    agar mudahku mengerti
    segala yang terjadi
    sudah suratan Ilahi

    ku biarkan pena menulis
    meluahkan hasrat di hati
    moga terubat segala
    perasaan di jiwa
    x pernah ku ingini

    aku telah pun sedaya x melukai hatimu
    mungkin sudah suratan hidupku
    kasih yang lama terjalin
    berderai bagaikan kaca
    oh teman maafkanlah diriku

    oh Tuhan
    tunjukkanku jalan
    untuk menempuhi dugaan ini
    teman maafkan jika ku melukaimu
    moga ikatan ukhuwwah yang dibina
    ke akhirnya

    aku tidakkan terdaya menahan hibanya rasa
    kau pergi meninggalkan diriku
    redha lah apa terjadi
    usah lah dikau kesali
    mungkin ada rahmat yang tersembunyi

    oh Tuhan
    tunjukkanku jalan
    untuk menempuhi dugaan ini
    teman maafkan jika ku melukaimu
    moga ikatan ukhuwwah yang dibina
    ke akhirnya

    ku biar kalam berbicara
    menghurai maksudnya di jiwa
    agar mudahku mengerti
    segala yang terjadi
    sudah suratan Ilahi...


Saturday, May 23, 2009

Mengenal Zainab Al-Ghazali AlJubaili


Assalamu'alaikum.

Got from islah-net.

Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas
Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan
untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi
bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah
ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul
Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba
menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin.
Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul
Muslimin .

Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul
Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada
tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup
dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab
memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat
bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al
Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada
Hassan Al Banna.

Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna
telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih.
Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi.
Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam
tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung
kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan
Hudaibi dan beberapa orang lagi.

Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba
dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja
lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau
akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi
masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera
buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan
begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada
lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama
dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya
yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut
pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak
pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap
bertolak ansur".

Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus
kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul
Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk
menangkap barisan pemimpin harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh
perisik-perisik Amerika dan Russsia yang di susun oleh Zionisme
Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser
telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain
seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser
dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin
telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965.
Beliau kemudian telah disumbatkan ke penjara dan di sana beliau melihat
bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang
digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka
disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk,
disumbatkan dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau
berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau
berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.

Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar
ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 hb Mei
1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan pimpinan Ikhwan
seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain
dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing
dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat
Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada
10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun
mengalami pelbagai penderitaan.

Inna akramakumm 'indaAllahi atqakumm,

aRRaSuL QuDWaTuNa

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...saya mulakan bingkisan saya ini, idea ini datang secara tiba2 apabila saya terbaca satu artikel berkenaan dengan arrasul qudwatuna (rasul ikutan kita) ini. Sebagaimana yang kita tahu, Rasulullah adalah sebaik2 ikutan. Aisyah r.a juga menyamakan akhlak Rasulullah S.AW dengan aL-Quran. Begitu tinggi sekali persaman yang digambarkan kepada insan yang paling tinggi sekali darjatnya di sisi Allah S.W.T ini. sememangnya hanya Rasulullah S.A.W sahaja yang layak dijadikan idola buat semua muslimin & muslimat. Di antara kehebatan akhlak Rasulullah S.A.W yang seharusnya kita ikuti adalah :


Rasulullah berdoa dengan khusyuk.... airmatanya sentiasa berlinangan, wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata yang memandangnya, sangat elok dan sempurna wajahnya.

Rasulullah memiliki perasaan yang halus, mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir sehingga lena, suka makan secara beramai-ramai dari keseorangan, bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik.

Rasulullah makan apabila lapar.. berhenti sebelum kenyang, tidak pernah mengumpat, mencerca orang lain,memakai serban di atas kopiah.

Rasulullah memberi salam kepada ahli rumah ketika berpergian atau kepulangan, sangat berlemah-lembut dengan isteri dan ahli keluarga, sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya, bersalam dengan sahabat dan memeluknya apabila bertemu, apabila berjabat tangan.. Rasulullah tidak melepaskannya sehingga yang dijabatnya itu melepaskannya.

Rasulullah mengangkat tangan apabila melepasi kanak-kanak, tanda hormat kepada mereka, tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lama-lama, sangat menghormati orang tua , sangat mengasihi orang muda dan kanak-kanak.

Rasulullah tidak bangun dari majlis makan sehingga tetamu lain bangun, tidak pernah melunjurkan kakinya di depan sahabat, suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya, tidak pernah ketawa terbahak-bahak, tetapi tersenyum lembut.

Rasulullah sangat fasih dan manis tutur bicara, tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran atau kesusahan, amat kasih terhadap umatnya, tidak pernah mengambil rezeki kurmiaan Allah melebihi keperluannya, rezeki yang berlebihan akan ditabur untuk jihad fisabilillah.

Rasulullah sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan, tidak pernah menghina orang miskin, tidak pernah merasa terhina bergaul dengan ornag miskin, suka memberi makan kepada fakir dan sering duduk bersama mereka.

Rasulullah amat pemurah sehingga digambarkan seperti angin yang lalu, tidak suka tidur dalam bilik gelap, tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi, bersikap tegas, pemaaf, dan pengasih dalam perjuangannya.

Thursday, May 21, 2009

aMaLKaN aYaT iNi..

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


"Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan


SEDANG SAYA MENCARI ARTIKEL DALAM KOMPUTER SAYA, TIBA2 SAYA TERBACA SUATU ARTIKEL BERKENAAN TENTANG "BAGAIMANA UTK MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK" SEPERTI YANG ADA DI BAWAH INI..JADI SAYA AMAT BERMINAT UTK BERKONGSI DGN SAHABAT2 SEMUA..INI KERANA KITA SEMUA ADALAH PEMIMPIN. JADI KITA PERLU TAHU BAGAIMANA UTK MENJADI PEMIMPIN YG BAIK...DIHARAP IA DAPAT MEMBERI FAEDAH KPD KITA SEMUA..


HOW TO BE A GOOD LEADER?

* Know your team. At some point, every day, walk around the office and say "Hi" to everyone who works for you. If you're not in the office that day, call and see how people are.

* Meet your team. Regularly - daily, weekly or monthly, depending on your place and type of work - have meetings of all the members of the team. Keep these meetings short, focused and action-orientated.

* Train your team. Every team member should have at least two days training a year. Newer and more senior colleagues should have more. If they don't ask to go on training sessions, suggest some suitable courses.

* Grow your team. Through varied experience and regular training, you should be developing each team member to be more and more confident and more skilled.

* Set objectives for each team member. As far as possible, these objective such be SMART - Specific Measurable Achievable Resourced Timed.

* Review the performance of each team member. At least once a year - at least quarterly for the first year of a new team member - have a review session where you assess performance, give feed-back and agree future objectives and training.

* Inspire your team. Consider making available a motivational quote or story every week or month.

* Socialize with your team. Have lunch or an after-work drink with them, especially when a staff member has a birthday or there's another reason to celebrate.

* Thank constantly. The words "Thank you" takes seconds to say, but mean so much.

* Praise constantly. The words "Well done" take seconds to say, but will be long remembered and appreciated.

* Communicate constantly. Don't assume that people know what you're doing, still less what you are planning or thinking. Tell them, using all the communication tools to hand: team briefings, electronic newsletters, organizational newspapers.

* Eliminate. Too often we do things because they've always been done. Life changes. Consider whether you could stop doing certain things altogether.

* Delegate. You don't have to do everything. Develop your team members by training them to do more and trusting them to take over some of the things you've been doing.

* Empower. A really effective leader sets clear objectives for his team members, but leaves detailed implementation of these objectives to the discretion and judgement of individual members of the team. As Second World War U.S. General George S. Patton put it: "Don't tell people how to do things. Tell them what to do and let them surprise you with their results”.

* Facilitate. A confident leader does not try to micro-manage his team, but makes it clear that, if team members need advice or assistance, he is always there to facilitate and support.

* Be on time. Always start meetings on time and finish them on time. Natural breaks keep people fresh. Short meetings concentrate the mind.

* Be seen. Don't just talk the talk, but walk the walk. So visit each unit or department for which you are responsible on a regular basis. Don't do this unannounced - you are not out to undermine other leaders or catch out staff. So arrange with the unit leader or departmental head when you'll visit and ask him or her to walk round with you.

* Really listen. Many of us - especially those who think they are important - don't really listen, but instead think about what they're going to say next. Give the person speaking to you your full attention and really take on board what they are saying.

* Accept honest criticism. Criticism is hard to take, particularly from a relative, a friend, an acquaintance or a stranger - but it's a powerful tool of learning. Above all, assess criticism on merit, without regard to its originator.

* Think strategically. The doers cut a path through the jungle; the managers are behind them sharpening the machetes; the leaders find time to think, climb the nearest tree, and shout "Wrong jungle!" Find time to climb the trees.

* Have a mentor or buddy, someone doing similar work in the same or a similar organisation with whom you can regularly and frankly discuss your progress and your problems as a leader.

* Have a role model, someone who can inspire you to be a truly great leader.

* Plan your succession. You won't be there forever and you may not be in control of the timing and circumstances of your departure. So start now to mentor and train at least one colleague who could take over from you.

here's a r0se 0f friendship. .

....@............@
......@.@.@.@..@..
....@........@..........@
...@............@....@@
...@..............@@..@
....@..............@...@
......@...........@..@
.........@......@..@
..............@..@
FrOM............@
......Me..........@
............TO.....@
..YoU aLL......@........@@@
......@@@@..@....@..........@
...@.............@@@......@@
.......@@@.......@..@@
.........................@
.........................@
.........................@
.........................@
.........................@
........................@
.......................@

SELAWAT SYIFA'..

Wednesday, May 20, 2009

Ganjaran perbanyak SubhanAllah...

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya mulakan bingkisan ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Dengan bermatlamat utk berkongsi sesuatu kepada sahabat2 semua dalam mencari keredhaan ALLAH S.WT, saya terpanggil utk memberi peringatan baik kepada antum semua mahupun kepada diri saya yang hina ini. Persoalan yang ingin saya cetuskan di sini ialah BERAPA KALI KITA MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH DALAM SEHARI???? Apabila saya bertanya kepada diri saya sendiri, secara jujurnya saya tidak mampu memberi jawapan yang sebaiknya..ANDA????..Adakah bibir ands juga basah dengan menyebut ALLAH atau basah dengan menyanyikan lagu2 yang melalaikan..apatah lagi pada realiti kita sekarang, pelbagai genre lagu diperdengarkan..baik berentak pop, balada, rock, jazz & yg terbaru mendapat tempat di hati anak2 remaja seperti kita ini ialah Indie. Siang & malam bibir kita tidak pernah lekang menyanyikan pelbagai lagu mengalahkan "Konsert Akademi Fantasia".
Antara sedar atau tidak, kita semakin lupa kepada ALLAH S.W.T. Padahal, ramai diantara kita tahu kelebihan menyebut nama2 ALLAH serta berzikir kepada-Nya. Bukankah ALLAH berfirman dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang?? & hakikatnya lagi kita akan memperoleh pelbagai kelebihan & keistimewaan. Ini adalah tawaran Dari ALLAH, bukan tawaran yang terhangat dipasaran yang ditawarkan oleh Pasaraya Carrefour, Mydin, & banyak lagi. Saya tegaskan lagi, TAWARAN DARIPADA ALLAH...!!!

FIRMAN Allah maksudnya: “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35) Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mengucapkan Subhanallah Hil'azimi Wabihamdih, maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam syurga.” (Hadis riwayat Muslim).

Berikut ialah ganjaran diperoleh sekiranya banyak mengingati Allah:

• Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
• Menimbulkan kejernihan hati dan wajah.
• Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
• Berasa betapa besar, agung, dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Segera mendapat pembelaan Allah apabila seseorang itu dalam kesusahan dan kedukaan.
• Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
• Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, alam barzakh dan pada titian sirat nanti.

Jadi saya ingin mengingatkan diri saya dan juga antum semua, bermula dari saat ini marilah kita transformasikan diri kita. Perbanyakkanlah mengingati ALLAH..Sesungguhnya ini adalah antara bekalan kita untuk bertemu ALLAH di akhirat nanti. Semoga kita semua sentiasa dilindungi & dirahmati ALLAH ..AMIN...

Monday, May 18, 2009

ATTENTION PLEASE..!!!!


Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (PORK) Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol and the tiramisu contains RUM. Please pass this message to your muslim friends. For Clarifcation pls Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN

Friday, May 15, 2009

~MuTiArA CiNtA~


Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya,
maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
Anda sebenarnya silap dan terperangkap
apabila persahabatan dan
semangat setiakawan yang
terbina bertahun-tahun
berakhir dengan ungkapan cinta.
Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,
perbuatan dan
tindakbalas yang dipamerkan
oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.
Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta
adalah orang yang
keliru dengan perasaannya
sendiri.
Cinta memerlukan keikhlasan
dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli.
Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami
erti cinta sebenar.
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan
sering gagal dalam percintaan.
Kecacatan cinta bukannya
terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.



ALLAH S.W T benci 10 PERKARA yang dimiliki oleh 10 MANUSIA...

1) Sifat Bakhil dari orang Kaya
2) Takabbur dari orang-orang fakir.
3) Sifat tamak dari para ulamak.
4) Sedikit (sahaja) rasa malu dari kaum wanita.
4) Kecintaan kepada dunia dari orang-orang tua.
6) Sifat malas dari para pemuda.
7) Kezaliman dari pemimpin.
8) Sifat penakut dari orang-orang yang berperang.
9) Sifat ujub dari hamba-hamba yang zahid.
10)Sifat riak dari para ahli ibadah.

P/S: SEMOGA KITA SEMUA TIDAK TERGOLONG DALAM 10 GOLONGAN INI..AMIN..

Thursday, May 14, 2009

DIET RASULULLAH S.A.W...


ASSALAMUALAIKUM sahabat2 sekalian..wah..pasti seronok ye dapat pulang ke rumah masing2... dapat merasa masakan dari air tangan bonda tercinta..ALHAMDULILLAH..selepas berjuang habis-habisan di medan peperiksaan tempoh hari, maka masa cuti semester inilah peluang keemasan untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta..mungkin tatkala ini ramai yang sibuk pergi bercuti bersama keluarga, atau mungkin juga ada yang bekerja demi mencari duit poket disamping dapatmengisi masa cuti ini..namun, jangan kita lupakan PENJAGAAN KESIHATAN. Saya ingin berkongsi sedikit tips-tips penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. melalui diet pemakanan..

Jom kawan2, amalkn diet Rasulullah:>>>


1)Jangan makan SUSU + DAGING
2)Jangan makan DAGING + IKAN
3)Jangan makan IKAN + SUSU
4)Jangan makan AYAM + SUSU
5) Jangan makan IKAN + TELUR
6)Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7)Jangan makan SUSU + CUKA
8)Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL -
9)JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
11)TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
12)JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.

HMM..menarik x??(",)..jom kita praktikkan tips2 ini..

Wednesday, May 13, 2009

GURUKU...




Guruku...
kau penyuluh hidupku..
menerangi alam ini..
kau ku anggapkan..Align Center sebagai ibu bapaku.. wahai guruku
kau ibarat sebatang lilin..
menerangi alam kegelapan
kau sanggup membakar dirimu wahai guruku
kau insan yg mulia..
mendidik dan membimbing daku..
kaulah insan yang kusanjungi..


*sebuah lirik lagu dari sebuah kumpulan nasyid kanak2..
aku dedikasikan lirik lagu ini buat insan yang bergelar guru..*

RENUNGILAH...


Firman ALLAH S.W.T yg bermaksud...

"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak juga dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji ALLAH itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah ALLAH.."

Surah al-Luqman, ayat 33