Friday, May 15, 2009

~MuTiArA CiNtA~


Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya,
maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
Anda sebenarnya silap dan terperangkap
apabila persahabatan dan
semangat setiakawan yang
terbina bertahun-tahun
berakhir dengan ungkapan cinta.
Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,
perbuatan dan
tindakbalas yang dipamerkan
oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.
Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta
adalah orang yang
keliru dengan perasaannya
sendiri.
Cinta memerlukan keikhlasan
dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli.
Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami
erti cinta sebenar.
Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan
sering gagal dalam percintaan.
Kecacatan cinta bukannya
terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”
Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.


No comments:

Post a Comment