Saturday, May 23, 2009

aRRaSuL QuDWaTuNa

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...saya mulakan bingkisan saya ini, idea ini datang secara tiba2 apabila saya terbaca satu artikel berkenaan dengan arrasul qudwatuna (rasul ikutan kita) ini. Sebagaimana yang kita tahu, Rasulullah adalah sebaik2 ikutan. Aisyah r.a juga menyamakan akhlak Rasulullah S.AW dengan aL-Quran. Begitu tinggi sekali persaman yang digambarkan kepada insan yang paling tinggi sekali darjatnya di sisi Allah S.W.T ini. sememangnya hanya Rasulullah S.A.W sahaja yang layak dijadikan idola buat semua muslimin & muslimat. Di antara kehebatan akhlak Rasulullah S.A.W yang seharusnya kita ikuti adalah :


Rasulullah berdoa dengan khusyuk.... airmatanya sentiasa berlinangan, wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata yang memandangnya, sangat elok dan sempurna wajahnya.

Rasulullah memiliki perasaan yang halus, mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir sehingga lena, suka makan secara beramai-ramai dari keseorangan, bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik.

Rasulullah makan apabila lapar.. berhenti sebelum kenyang, tidak pernah mengumpat, mencerca orang lain,memakai serban di atas kopiah.

Rasulullah memberi salam kepada ahli rumah ketika berpergian atau kepulangan, sangat berlemah-lembut dengan isteri dan ahli keluarga, sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya, bersalam dengan sahabat dan memeluknya apabila bertemu, apabila berjabat tangan.. Rasulullah tidak melepaskannya sehingga yang dijabatnya itu melepaskannya.

Rasulullah mengangkat tangan apabila melepasi kanak-kanak, tanda hormat kepada mereka, tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lama-lama, sangat menghormati orang tua , sangat mengasihi orang muda dan kanak-kanak.

Rasulullah tidak bangun dari majlis makan sehingga tetamu lain bangun, tidak pernah melunjurkan kakinya di depan sahabat, suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya, tidak pernah ketawa terbahak-bahak, tetapi tersenyum lembut.

Rasulullah sangat fasih dan manis tutur bicara, tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran atau kesusahan, amat kasih terhadap umatnya, tidak pernah mengambil rezeki kurmiaan Allah melebihi keperluannya, rezeki yang berlebihan akan ditabur untuk jihad fisabilillah.

Rasulullah sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan, tidak pernah menghina orang miskin, tidak pernah merasa terhina bergaul dengan ornag miskin, suka memberi makan kepada fakir dan sering duduk bersama mereka.

Rasulullah amat pemurah sehingga digambarkan seperti angin yang lalu, tidak suka tidur dalam bilik gelap, tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi, bersikap tegas, pemaaf, dan pengasih dalam perjuangannya.

No comments:

Post a Comment