Wednesday, May 20, 2009

Ganjaran perbanyak SubhanAllah...

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya mulakan bingkisan ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Dengan bermatlamat utk berkongsi sesuatu kepada sahabat2 semua dalam mencari keredhaan ALLAH S.WT, saya terpanggil utk memberi peringatan baik kepada antum semua mahupun kepada diri saya yang hina ini. Persoalan yang ingin saya cetuskan di sini ialah BERAPA KALI KITA MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH DALAM SEHARI???? Apabila saya bertanya kepada diri saya sendiri, secara jujurnya saya tidak mampu memberi jawapan yang sebaiknya..ANDA????..Adakah bibir ands juga basah dengan menyebut ALLAH atau basah dengan menyanyikan lagu2 yang melalaikan..apatah lagi pada realiti kita sekarang, pelbagai genre lagu diperdengarkan..baik berentak pop, balada, rock, jazz & yg terbaru mendapat tempat di hati anak2 remaja seperti kita ini ialah Indie. Siang & malam bibir kita tidak pernah lekang menyanyikan pelbagai lagu mengalahkan "Konsert Akademi Fantasia".
Antara sedar atau tidak, kita semakin lupa kepada ALLAH S.W.T. Padahal, ramai diantara kita tahu kelebihan menyebut nama2 ALLAH serta berzikir kepada-Nya. Bukankah ALLAH berfirman dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang?? & hakikatnya lagi kita akan memperoleh pelbagai kelebihan & keistimewaan. Ini adalah tawaran Dari ALLAH, bukan tawaran yang terhangat dipasaran yang ditawarkan oleh Pasaraya Carrefour, Mydin, & banyak lagi. Saya tegaskan lagi, TAWARAN DARIPADA ALLAH...!!!

FIRMAN Allah maksudnya: “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35) Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mengucapkan Subhanallah Hil'azimi Wabihamdih, maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam syurga.” (Hadis riwayat Muslim).

Berikut ialah ganjaran diperoleh sekiranya banyak mengingati Allah:

• Mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
• Menimbulkan kejernihan hati dan wajah.
• Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan daripada Allah serta dimurahkan rezekinya.
• Berasa betapa besar, agung, dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Segera mendapat pembelaan Allah apabila seseorang itu dalam kesusahan dan kedukaan.
• Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.
• Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, alam barzakh dan pada titian sirat nanti.

Jadi saya ingin mengingatkan diri saya dan juga antum semua, bermula dari saat ini marilah kita transformasikan diri kita. Perbanyakkanlah mengingati ALLAH..Sesungguhnya ini adalah antara bekalan kita untuk bertemu ALLAH di akhirat nanti. Semoga kita semua sentiasa dilindungi & dirahmati ALLAH ..AMIN...

No comments:

Post a Comment