Thursday, December 3, 2009

TAUBAT NASUHA




Pada malam Aidiladha yang lalu iaitu pada hari khamis, dalam kesibukan menyambut Hari Raya Aidiladha, saya dan keluarga sempat juga men0nt0n sebuah drama bertajuk “Taubat Nasuha”. Apa yang saya b0leh rumuskan disini, drama tersebut merupakan drama yang berjaya menitiskan air mata kami adik- beradik. Drama kekeluargaan yang penuh dengan elemen suka duka ini mengisahkan tentang se0rang bapa yang terlalu panas baran dan eg0 dalam melayan keletah 3 orang anak-anaknya. Keletah anak-anaknya yang kesemuanya lelaki sememangnya sering mengundang kemarahan si bapa. pantang ada sedikit kesilapan atau kenakalan anak-anak, memang tangan si ayah akan ringan menyentuh kulit si anak termasuklah anak yang paling b0ngsu. Mujur mereka dikurniakan se0rang ibu yang berperwatakan lembut dan sentiasa memahami walaupun sering kali dimarahi 0leh si suami…. Walaubagaimanapun, kadangkala hati si ayah menjadi lembut tatkala melihat anak-anaknya membesar dengan baik hasil didikan isterinya. Hal ini jelas kelihatan apabila dia melihat “rep0rt card” anaknya, di dalam hati kecilnya turut gembira dan bangga kerana dikurniakan anak yang pintar dan bijak dalam pelajaran. Namun, si ayah terlalu eg0. Si ayah jarang menunjukkan kasih-sayangnya. Apa yang saya lihat dalam drama tersebut, si ayah sering menghamburkan kata-kata kesat kepada si anak termasuklah si isteri.

Kebengisan si ayah makin bertambah apabila si ayah menjalinkan hubungan sulit dengan teman sekerjanya. Sedikit sebanyak tanggungjawabnya sebagai se0rang ayah dan suami terabai. Bagi si ayah, anak-anak dan isterinya hanya satu beban. Si ayah tidak b0leh menerima hakikat bahawa kenakalan, kebingitan jeritan anak-anaknya merupakan lumrah bagi kanak-kanak seusia mereka. Jadi , dengan menjalinkan hubungan terlarang itu, si ayah dapat melupakan segala kenakalan anak-anaknya dirumah. Namun, “sepandai-pandai tupai mel0mpat, akhirnya jatuh ke tanah juga” . Kecurangan si suami dapat di hidu si isteri. Dalam keadaan yang sarat mengandung si isteri diherdik suaminya tatkala si isteri cuba bertanyakan tentang kecurangan tersebut.

Pada kees0kan harinya, sebelum ke sek0lah, anak-anak mereka sarapan bersama. Sudah menjadi kebiasaan mereka akan bergaduh dan ketawa ketika makan..si ayah tidak tahan melihat anak-anaknya bergaduh terus memukul anak-anaknya. Dan ada satu dial0g si ayah yang saya masih ingat .. “kalau macam ni, lebih baik korang takde dari ade”. Si isteri yang mendengar terus tergamam dan menitiskan air mata sambil memujuk anak-anaknya yang sedang menangis. Lalu terus menghantar mereka ke sekolah.

Tanpa di duga oleh si ayah, pagi itu adalah pagi terakhir dia bersama anak-anak dan isterinya. Klimaks dalam drama ini terjadi apabila anak-anak dan isterinya yang sarat mengandung di tikam di rumah mereka sendiri oleh 2 0rang per0mpak. Si ayah yang balik pada waktu itu tergamam melihat mayat anak-anak dan isterinya bergelimpangan di ruang tamu rumah dengan kesan darah di merata tempat. Bertitik t0lak dari itulah ayahnya menyesal dengan segala perbuatannya. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Walau beribu penyesalan sekalipun, ia tidak mampu untuk mengembalikan mereka yang telah pergi……..=(
-TAMAT-

“kita akan menghargainya apabila kita kehilangannya”

Maksud yang sungguh mendalam tersebut b0leh kita hayati dalam kehidupan kita. Dalam hidup ini, kita dikurniakan sese0rang, 2 0rang, 3 0rang atau sekel0mp0k manusia sebagai pendamping dan peneman kita. Ia termasuklah keluarga, ibu dan ayah, kakak, abang, adik, suami, isteri, sahabat, rakan sekerja dan sebagainya. Mereka ada di depan mata kita, namun adakah kita sedar kehadiran mereka dalam hidup kita? Adakah kita nikmati dan hargai kehadiran mereka? Tepuk dada, Tanya perasaan…Saya lebih suka meninggalkan pers0alan ini kepada para pembaca kerana jawapannya bukan ada pada saya se0rang sahaja, jawapannya ada dalam diri kita semua…renung-renungkan…. ….

No comments:

Post a Comment